28 April 2011

Kaedah untuk mengelak dari terkena gangguan makhluk halus


Kita sering mendengar gangguan makhluk halus. Gangguan ini terdapat 4 jenis;
1-Sering diganggu
2-Kadang kala
3-Dikuasai oleh makhluk tersebut secara keseluruhannya
4-Ditumpangi oleh makhluk tersebut pada bahagian tertentu anggota badan.
Sebab-sebab diganggu berbagai-bagai antaranya;
1-Sebab ia diganggu oleh manusia lalu ia berdendam
2-Sebab ia suka kepada seseorang lalu ia mengganggu
3-Sebab dihantar oleh tukang sihir untuk memudharatkan orang tertentu.
Walaubagaimana pun kaedah untuk mengelaknya boleh dilakukan.Ia digalakkan bagi mereka yang terpaksa membantu perawat memegang pesakit yang dirasuk atau sebagai pendinding untuk persediaan mempertahankan diri.
Kaedahnya;
1- Melaksanakan seluruh perintah Allah dan Rasul
2-Tidak melakukan dosa dan Maksiat
3-Melakukan banyak amal ibadah dengan ikhlas seperti membaca al-Quran,solat berjemaah,solat malam dsb.
4-Membaca al-Fatihah, ayatul kursiy dan surah al-Ikhlas,al-Falaq dan al-Nas (3 Qul) diulang sebanyak 3 kali sebelum tidur.
5-Mengamalkan ayat yang ke 115-118 surah al-Mu'minun setiap kali selepas bersolat.
6-Mengamalkan "ruqyah Jibril" iaitu doa jibril yang diajar kepada Rasul s.a.w ketika malam Isra' Mi'raj iaitu ;

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ الَّتِي لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بَارٌّ وَ لاَ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَ مَا يَعْرُجُ فِيْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَ مِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ


Kisah asal usul Syaitan dan Jin

Syaitan dan Jin adalah sama, cuma berbeza dari sudut namanya sahaja. Syaitan berasal dari iblis dan kesemua syaitan datuknya iblis. Datuk Iblis yang paling tua ialah jin.
Iblis ertinya patuh dan taat tetapi setelah ia menderhakai Allah lalu ia mencapai martabat syaitan yang durjana. Ia berakhir menjadi makhluk yang tidak beramal malah menderhaka dan menghasut manusia. Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 50 maksudnya ;"kecuali iblis adalah berasal dari jin lalu ia menderhaka perintah tuhannya". Ertinya Iblis berasal dari jin.
Kerja-kerja yang dilakukan Iblis ialah ;
1- Menyesatkan
2- Mengufurkan
3-Memperdaya
4-Memperhiasi kejahatan
5-Menderhaka
Tidak semua orang terlepas dari tipu daya dan hasutan Iblis melainkan sedikit sahaja.Firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 62 maksudnya ;
" Nescaya aku sesatkan zuriat Adam kecuali hanya sedikit sahaja".
Terdapat 4 arah syaitan akan datang menyesatkan manusia. Di dalam surah al-A'raf ayat 47 Allah menyebut Syaitan datang dari arah depan,belakang,kanan dan kiri. Dia tidak mampu datang dari arah atas kerana Allah berada di situ dan dari bawah kerana ia tempat sujud.
Ringkasnya jin dan syaitan berasal dari api dan mereka adalah makhluk yang ghaib, sila rujuk surah al-A'raf ayat 27.

Perbezaan dan persamaan antara manusia, jin dan malaikat

Malaikat sama seperti jin dari sudut penjelamaan sesuatu rupa dan mampu menghilangkan diri tetapi berbeza dari sudut rupanya sahaja, malaikat menyerupai rupa-rupa yang elok seperti burung, cahaya, manusia atau seumpamanya. Jin menyerupai yang hodoh dan buruk seperti anjing,ular,kucing dan sebagainya. Adapun jin dan manusia persamaannya ialah mempunyai akal, mengetahui atau mampu untuk belajar dan berfikir dan juga mampu untuk memilih jalan yang baik atau jahat. Tetapi ketiga-tiga makhluk ini berbeza dari sudut kejadiannya iaitu manusia dari tanah, malaikat dari cahaya dan jin dari api. Syukurlah kita dari kalangan manusia dan sebaik-baik kejadian.

Nama-nama Jin dan Sifat-sifatnya

Kata Ibnu Abdil Baar, Menurut ahli Kalam dan ahli bahasa, jin mempunyai nama-namanya mengikut peringkat-peringkatnya ;
  1. Sekiranya ia hanyalah seekor jin maka namanya "jin" di dalam bahasa arabnya "jinniy".
  2. Sekiranya ia tinggal bersama manusia mereka menggelarnya " 'Aamir".
  3. Sekiranya ia menjelma di hadapan kanak-kanak mereka memanggilnya " Ar waah".
  4. Sekiranya ia menjadi jahat mereka memanggilnya "Syaitan".
  5. Sekiranya ia bertambah mengganas dan kuat mereka memanggilnya " Ifriit".
Jin mempunyai golongan-golongannya menurut hadis Rasulullah s.a.w iaitu ;
  1. Satu kumpulan yang terbang di udara
  2. Golongan yang menyerupai ular dan anjing
  3. Golongan yang tinggal setempat dan berhijrah.

No comments:

Post a Comment